Tips untuk Adam & Hawa



assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;) 


harap korang semua sihat walafiat. lama dah rasanya aku tak menyemakkan belog aku ney. dulu sibuk dengan spm tapi sekarang dah bebas sebebasnya dari bergelar pelajar. tapi awal tahun nanti aku sibuk pulak dengan plkn pulak. ni pon tengah menunggu masa daftar plkn batch'11. jadi bagi mengisi sisa-sisa masa yang ada ni aku mengsibukkan diri dengan baca novel. hari semalam baru je balik dari kampung. alang-alang dah tu aku sibuk duk membodek cazen aku yang dah berkawin tu. tu pon sebab nak pinjam novel. busan tahap beruang panda tau. aku tak tahu nak buat apa nak baca novel rasanya novel yang aku beli tu dah semua aku baca. jadi ni sibuk la duk meminjam dengan orang lain.ni pon baru je habis baca novel 'ADAM & HAWA' 


okey-okey aku da melalut sangat ni. aku bukan nak tulis menda ni tau. hari ni aku nak kongsi ilmu pengetahuan lagi dengan korang supaya kita sama-sama dapat menambahkan ilmu didada tu. jadi jom la baca untuk menambahkannya ;)


    TIPS KEBAHAGIAAN ADAM & HAWA


> Kejujuran


Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala  kemusykilan yang ada pada pasangan anda.


> Tertawa


Ciptakan sesuatu humoryang romantik seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.


> Persahabatan


Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.


> Hormat satu sama lain dan kompromi


Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormatisetiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.


> Memaafkan


Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.


> Bersikap realistik


Jangan cuba mengubah pasangan anda. bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.


> Lupakan masa lalu


Berhenti mengungkit kisah masa lampau. bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.


> Doa


Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya.


okey la sampai sini je yang aku boleh kongsi dengan korang. lain kali aku kongsi lagi info-info yang menarik. harap korang sudi baca dan boleh la kalau nak amalkan. kita sekadar mencuba tapi ALLAH SWT yang menentukannya. sama-sama la kita menambahkan ilmu pengetahuan supaya kita boleh berfikir lebih jauh dan mendalam. amin. sekadar sini saja nukilan aku untuk kali ini. terima kasih sudi lawat dan baca ;) aku hargai semuanya. k baibai dan wassalam. luv olls !
    

No comments:

Post a Comment