#Terobek Zaman Sekolah Part 1.


Assalamualaikum w.b.t dan salam jumaat semua warga bloggers :) 

kembali kita.heee. skrg tgh ada mood nak menaip jd ni terlebih rajin nak mengupdates belog. jom start mengkarang cerita pd hari ni. cewahh tajuk tak blh blahh omputih bagai. meh sini ceq nak habaq kt hangpa semua. sejak dua tiga menjak ni aku selalu sgt mimpi zaman sekolah dulu-dulu. serius bgtau mmg rindu yg teramat sgt zaman sekolah dulu. dlm byk-byk zaman yg pernah kita lalui yg paling tak blh dilupakan oleh semua org termasuk aku adlh zaman sekolah. mesti kalau blh diputarkan waktu mesti kita rasa nak balik semula ke zaman tu. terlampau byk sgt kenangan manis pahit berlaku masa tu. ragam masa tak matang mmg selalu macam tu. buat menda-menda tak fikir pjg lg masa tu tak matang lg katakan. 

moment paling byk kenangannya masa sekolah menengah. dari form 1 sampai form 5 ada ceritanya yg tersendiri. setiap gambar blh menggambarkan segalanya. kalau blh setiap moment aku nak simpan kemas-kemas dlm diri ni. tapi masa form1 dan form 2 tak byk sgt moment yg nak ingatkan. biasa saja tp still ada kenangan yg tak blh dilupakan. 

ingat lg masuk form 3 aku dpt naik kelas depan. masa tu tak ramai la yg sama kelas masa form 2. aku dgn soleha still sama kelas dr form 1 lg. duduk pun mesti nak sama jgk. blh kata semua brg nak sama. kitaorg mmg kawan rapat masa tu. masuk form 3 mula kenal ain, mira, sue dan anum. sblm ni dorg kelas lain. ain dan mira kelas A, sue dan anum plk kelas C masa form 2. aku dan soleha kelas b. naik form 3 kitaorg sama kelas A. dr situ mula la rapat. drpd tak kenal dah kenal and then jd rapat sampai skrg. 

masa nak masuk tgh tahun kitaorg ada tubuhkan kumpulan utk kami berenam. mula-mula tak tau nak bg nama apa. last-last dpt nama naughty girl utk kumpulan tu. kenapa naughty girl ? nak ckp kitaorg ni nakal tak la jgk tp masa tu kitaorg suka sgt khianat dan nyakat org. nak-nak sue mmg suka sgt khianat org termasuk la ahli kumpulan sendiri. ala bkn khianat betul-betul pun. saja main-mainkan org. seronok plk rasa masa tu. nak akhir tahun kitaorg decide nak pergi celebrate sama-sama sempena persahabatan yg terjalin termasuk la penubuhan group tu. 

masuk je form 4 mmg rezeki kitaorg dpt masuk kelas yg sama lg amik account. group still berjalan dgn lancar. masa tu jgk kitaorg mula dpt kawan baru dr kelas yg lain masa form 3. dr situ mula kenal zati, fatin, ain fana, dila dan mucet. zati dulu dia kelas C tp aku kenal gitu-gitu je sbb sama-sama masuk puteri islam. fatin plk kelas KAA amik bahasa arab masa form 3. ain fana kelas masa dgn kitaorg masa form 3 tp dia ada group lain masa tu. dila plk kelas B masa form 3 tp aku kenal dila masa form 2 lg tp dila takdok rezeki nak masuk kelas sama dgn aku masa form 3. mucet plk dia budak baru masa tu, dia dr sekolah lain pindah masuk sekolah kitaorg. 



mula-mula tak biasa tp lama kelamaan okay dah sampai blh jd rapat. disebabkan penambahan ahli group kitaorg the naughty girl pun bubar nama tu and then tukar nama baru. drpd 6 org dah bertambah menjadi 11 org ahli group. bincang punya bincang kitaorg setuju pilih nama fuentadelas. mesti tanya kenapa nama tu kan ? ada maksud jgk nama tu. masa tu kt tv3 ada mainkan drama filipina tajuk dia aku tak ingat dah. nama family heroin tu kat blkg ada guna nama fuentabella. masa tu drama tu mmg femes la. hero dgn heroin mmg superb la. dorg tu pasangan kekasih and then dpt plk berlakon sama-sam mmg swett la. dr situ la tercetusnya nama group kitaorg tu dan nama group tu jgk ada nama kitaorg yg tersendiri. 

setiap kali nak hangout mesti sama-sama. ingat lg masa tu tgh femes org pakai kasut crocss, siap plan nak beli sesama bagai. ptg-ptg kitaorg selalu buat study group sesama dr habis waktu sekolah sampai la asar. lepas solat asar mesti lepas tepi padang sekolah sblm balik rumah. paling lambat balik rumah pun dlm pukul 5.30 or 6 ptg. masuk form 4 jgk aku makin kenal ramai org mcm syai dan fazira. syai dan fazira tu sepupu dah la sama kelas dr form 1 hingga form 5 lps tu dlm kelas duduk sama-sama sampai habis sekolah. 

masa nak dekat raya kitaorg plan baik punya nak konvoi reramai pergi raya rumah sorg-sorg. siap plan kasut raya nak sesama jgk. plan nak pakai wedges. beli la jgk wedges nya. haaaa. dlm 2 hari sblm pergi tu bincang-bincang la nak konvoi naik motor siapa dan siapa bwk siapa. masa tu tak ramai pandai bawak motor. masa tu semua dah ada geng memasing kecuali dila. fikir punya fikir dpt idea mintak tolong sambil pelawa yana join kitaorg. yana ni kawan baik zati jd kitaorg 1 group semua mmg kenal la. nasib baik yana setuju nak join sekali. selesai dah masalah kat situ. 






aku merempit dgn fatin, zati merempit dgn ain, mira merempit dgn ain fana, sue plk merempit dgn kacipnya anum, yana dgn dila merempit bersama last sekali mucet merempit dgn soleha. janji nak pergi pukul 11 pg kumpul dekat taman sblm sampai rumah cikgu suriati. dr pagi sampai nak dekat maghrib baru balik rumah. semua rumah kitaorg terjah. pergi rumah cikgu math, rumah fatin, rumah tcerr, rumah fazira, rumah mucet, rumah aku, rumah yana, rumah zati, rumah sue dan last sekali rumah anum. rupa-rupanya family anum ada buat suprise masa kitaorg sampai tu. 



dorg ada buat jamuan sikit utk celebrate birthday anum dgn kawan-kawan dia. maknanya kitaorg semua ni mmg langkah kanan la. siap ada kek, kefci, dadih dan byk lg la. mmg kenyang perut la memasing masa tu. heeee. lepas tu semua bergerak balik ke rumah memasing. kenangan yg paling susah nak diluputkan dr benak fikiran. susah nak balik semula ke kenangan lalu. dah bukak sekolah masa tu ain ajak pergi rumah dia sbb mak dia buat open house. kerja kitaorg berjalan je masa tu. 






sblm exam akhir tahun semua classmates bincang nak buat jamuan kelas. collect la duit sikit dr sesorg. memasing ada la bawak makanan sikit-sikit. masa tu mintak tolong mak aku utk goreng mee dan bihun. sue plk mmg dr dulu jd minah tolong buat air. ada yg bawak puding caremal, kuih raya, kek batik dan memacam lg la. siap ada kek lg tau. dah ajak semua cikgu tp masa tu ustazah je blh dtg. yg lain sibuk dan ada hal. 





seronok sgt masa tu tp still sedih sbb sblm nak buat jamuan tu zati ada bagitau kitaorg semua yg dia akn pindah ke melaka ikut family dia. ayah dia kena tukar kerja kt sana plk. rasa sekejap je dpt bersama tup tup sorg plk takdok dlm group maknanya terpaksa berpisah dan berjauhan. sedih tak terkata. tp kena relakan jgk zati pindah. biar pun jauh dimata tp kita selalu dekat dihati. nasib baik la masa tu zaman it dah maju jd blh la berfesbuk, bertwett, berblogging dan berinternet la katakan. 

okayy la sampai sini je la dulu. nanti aku sambung part 2 plk. byk sgt kenangan yg nak kena terobek. sehari nak taip mmg tak sempat hotak aku nak fikir balik. sehingga ketemu lg. sekian dan wassalam :) terima kasih sudi baca dan singgah sebentar.


p/s: coretan khas utk semua sahabatku dr dulu sampai skrg. korg semua adlh soulmates kerry. ukhwah fisabilillah till jannah. in shaa Allah amin. nah kerry ada post gambar utk tatapan korg yg rindu zaman sekolah dulu. semoga ini kekal menjadi kenangan abadi utk kita semua. bila tengok balik serius kerry rindu sgt rasa nak nangis pun ada :'( lebiuu and miss korg so damm <3 <3 <3

1 comment:

  1. aaaaaaallaaaa...sweetnyaa.. kelakarnya tengok muka dulu-dulu.. hahaha

    ReplyDelete