Akhirnya....





assalamualaikum.akhirnya bertemu kembali aku dgn korg semua,warga blogger sekalian.lama jugak aku menyepi dr menaip coretan harian aku di dalam belog ney.dah berhabuk dan sawang pon dah beranak pinak gamaknya.hehe.alhamdulillah malam ney aku curi sikit masa aku utk meng-updates belog ney :)

syukur alhamdulillah yg tak terhingga kerana genap hari ney aku dah 2 minggu meninggalkan alam matrik.bermula 28hb mei 2012 sehingga 30hb april 2013 genap la sepuluh bulan aku belajar di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh).banyak suka duka yg aku lalui sepanjang belajar disana.dekat sana aku baru tahu mcm mana hidup berdikari dan hidup tak bergantung kpd sesiapa.

first time nak masuk matrik banyak jugak la aku dengar cerita yg tak sedap didengar.berbagai-bagai cerita tentang matrik siap bersambung-sambung cerita tu.tapi alhamdulillah semua cerita yg aku dengar tu tak ada satu pon yg betul belaka.cerita tu sekadar membuat sesiapa yg masuk matrik takut utk masuk.so,kpd adik-adik yg akan memasuki alam matrik pd 27 mei ney jgn mudah percaya cerita yg mengarut-ngarut tentang matrik.serius aku cakap masuk matrik merupakan pengalaman yg menggembirakan bagi aku.

pandangan pertama aku masuk matrik ney mesti susah nak belajar,jadual padat la,susah nak catch up la dan bagai-bagai la.tp lepas je masuk korang akan rasa okayy je belajar kat matrik.memang aku tak nafikan jadual kelas memang padat.kadang-kadang 1 hari kelas sampai 7 jam dr pukul 8 pg sehingga 5 petang tp bukan hari-hari la kelas balek sampai pukul 5 ptg.

duduk kat matrik kita kena pandai manage masa kita sendiri cth korang kena la buat time table utk study or buat study grup.tp jenis atas korang jugak la kalau jenis tak suka belajar dalam kumpulan korang belajar la sendiri.bagi aku ney jenis tak boleh belajar dlm kumpulan bukan tak boleh masuk tp aku risau nanti bukannya belajar tp banyak bercakap je pulak.nak-nak kawan-kawan aku jenis suka bercakap.so, aku better belajar sendiri dlm bilik.ada jugak jenis yg tak boleh belajar dlm bilik.korang boleh belajar kat library,foyer,bilik bacaan or bilik tutorial.bergantung atas cara belajar korang la.

lg satu yg aku selalu dengar org cakap kalau masuk matrik ney setiap bulan ada exam.mmg ada exam tp sekadar exam biasa je kadang-kadang 2 minggu sekali ada exam ikut chapter yg kita dah belajar.tak ada la exam utk semua chapter dlm satu-satu subjek.kalau exam pon paling banyak pon 3 chapter je masuk tp tak la banyak sgt soalan die.kadang-kadang 3 soalan je bergantung chapter tu la.

dulu sebelum aku masuk matrik ada org bagitahu yg masuk matrik ney ada sampai boleh jd gila.aku rasa mcm tak masuk akal je.sepanjang aku belajar kat matrik tak ada lg yg gila kalau yg stress tu ada la tp tak sampai tahap dikira gila.banyak betul persepsi negatif tentang matrik ney an.manusia mana boleh lari dr semua tu.

paling bestnya dapat menambahkan jumlah kawan.kebanyakkan kawan or classmates aku berasal dr pahang dan terengganu.roomates aku pulak semua dr pahang, wawa-org kuantan je,nina-org pekan dan aida-org triang.dekat-dekat je kitaorg semua.nasib baik aku dapat roomates yg satu kepala dgn aku.first time kitaorg kenal semua takut dgn aku.aku pon tak tahu la apa yg menakutkan sgt dgn diri aku ney.tp serius aku cakap kalau first time kenal mmg aku jenis tak berapa nak mesra alam atau istilah lain sombong plus kerek.hehe.tp lepas dah kenal aku biasa je jenis yg banyak mulut atau peramah la(puji diri sendiri).

sungguh aku rindu sgt time kat matrik.pergi kelas sama-sama,makan sama-sama,sambut birthday kat tangki or tasik,buat jamuan kat TC dan banyak la lagi aktiviti kita bersama.masa mula-mula masuk sibuk duk berdoa cepat la habis matrik tp bila nak balik mula la cakap cepatnya habis matrik rasa baru semalam masuk.hipokrit betol la.huhu.okayy la sampai sini je la aku berkongsi pengalaman aku masuk matrikulasi.setiap pertemuan pasti ada perpisahan.wassalam.jazakallah. 

kat KMPh kita jumpa, kat KMPh kita ketawa, kat KMPh kita berduka, kat KMPh kita belajar, kat KMPh kita telah menjadi kawan, kat KMPh kita lepak sama-sama, kat KMPh kita makan sama-sama, kat KMPh kita berjuang bersama-sama utk berjaya, semuanya di KMPh... Dan di KMPh juga kita akan berpisah...berpisah mata, tp bukan berpisah hati sebab kita dah berjanji...sekali berkawan, selamanya kita kawan...itu janji kita...supaya kenangan di KMPh ney tak lupa dari ingatan semua <3

jamuan di Teluk Cempedak :)

account night :)

celebrates birthday mar,puteri dan syera :)

kenangan bersama pn.norizal :)

sementara menunggu masuk kuliah :)


No comments:

Post a Comment