Hujan-hujan Cinta


****

Dalam kedinginan hujan, aku berjalan menyusuri jalan untuk pulang ke rumah. Aku terpaksa berjalan kaki dahulu sebelum menunggu kedatangan abang aku untuk menjemput. Mula-mula hujan hanya turun renyai-renyai dan tanpa disedari tiba-tiba hujan turun semakin lebat membasahi tubuh genitku ini. Dengan tidak diteduhkan dengan sekaki payung, aku mulai berjalan pantas. Dalam hati aku mengomel memarahi abangku yang telah lambat datang menjemputku.

hisshh, hujan dah makin lebat. Batang hidung pun tak nampak lagi.” Marahku dengan sikap abangku itu.

tak tahu ke orang ni dah sejuk. Dah la nak kejar solat maghrib yang nak abis waktu ni.” Sedang aku mengomel sorang-sorang, tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti di sebelahku. Dalam hati ku pikir itu abangku tapi agak malang orang yang berhenti itu bukan abangku. Rupa-rupanya seorang pemuda yang mungkin baru balik dari kedai sebab aku ternampak bungkusan plastik didalam raga motorsikalnya. Pemuda itu bertanya kepadaku.

cik, nak tumpang ke ?.” tanyanya padaku.

Lalu aku berfikir sejenak “ sape mamat ni ? aku tak kenal pun tapi kenapa baik hati nak tolong aku ? ke dia ni ada niat tak baik ? tapi takkan la dalam hujan-hujan ni nak amek kesempatan lak.” Aku pon menjawab pertanyaan pemuda itu.

tak pe lah. Saya boleh jalan kaki je lagipun rumah saya dah dekat ni.” Balasku.

Dan sekali lagi pemuda itu bertanya kepadaku.” Jom la tumpang. Saya boleh tolong hantarkan. Hari hujan ni makin lebat.”

Dalam samar-samar malam, aku cuba memerhati wajah pemuda itu. Sekali aku pandang je, YA ALLAH hensemnya mamat ni. Muka dah la macam baby face boleh buat semua wanita cair kalau memandang dia. Ooo, no ! I falling in love. Macam tajuk lagu Datuk Siti Nurhaliza la pulak. He he he.

Aku rasa butir-butir hujan turun itu macam benih-benih cinta yang mula jatuh ke dalam hatiku yang selama ini tidak pernah diduduki oleh seseorang pun dari kaum Adam. Bukan aku takut untuk didampingi oleh kaum Adam tapi aku takut pada ALLAH dengan perbuatanku itu nanti. Aku tahu bercouple-couple ni berdosa bahkan bercakap berlebihan dengan lelaki pun boleh mengundang dosa kecil. Aku lebih suka begini terus tanpa ada ikatan yang tidak sah dengan kaum Adam yang belum tentu jodohku nanti. Aku takut nanti bercinta bagai nak rak tapi jodohku bukan dengan dia. Biarlah ALLAH yang menentukan jodohku dan aku hanya mampu berusaha mendapatkan jodoh yang baik dari segi keturunan, agama dan pengetahuannya. Aku sekadar boleh berdoa agar jodohku nanti baik dan bertanggungjawab membimbing aku ke jalan yang diredhai oleh ALLAH. Amin.

Aku hanya memandangnya sekejap sahaja risau jugak karang tergugat pulak iman aku ni. Lalu aku menjawab pertanyaannya.

tak pe lah. Terima kasih saja lah. Saya okey je.” Balasku dengan baik untuk menolak pelawaannya.

Dia pun menjawab “ okey lah kalau begitu. Saya pergi dahulu.” Aku sekadar mengangguk tanda aku membenarkan dia pergi. Selepas dia pergi, otakku ligat berputar memikirkan kejadian tadi. Nasib baik aku tahu lagi batas-batas pergualan antara perempuan dan lelaki selain itu aku tahu dosa dan pahala. Kalau aku menerima pelawaannya tadi akan mengundang fitnah dan salah sangka bagi keluargaku dan jiran tetangga. Sedangkan aku tahu menaiki motorsikal dengan lelaki yang bukan mahram kita berdosa hukumnya. Aku tidak mahu membuat onar dalam keluargaku dan aku tidak sanggup membuat  ibu bapaku menangis disebabkan perbuatanku itu.

Tiba-tiba otak jahatku menjelma. “ kalau aku naik tadi tak la aku kena hujan macam ni. Entah-entah dah sampai rumah pun. Rugi betul rasanya. Menunggu abangku macam menunggu kura-kura berjalan. Lembap nak mampus datangnya. Geramnya aku.” Omelku. Tapi dengan pantas aku tersedar daripada berfikir begitu yang boleh menambahkan dosaku. Apa gunanya ayahku menghantar aku bersekolah agama kalau tidak memanfaatkan apa yang diajar oleh ustazah tentang hukum hakam dosa pahala. Lalu aku beristighfar di dalam hati agar aku tenang dan sabar menanti kedatangan abangku.



*****

No comments:

Post a Comment