assalamualaikum dan hai. korang sihat ? harap sihat la yup. aku sejak belakangan ney tak berapa nak sihat. bukan tak sihat dari segi fizikal tapi emosi aku dah tak boleh nak tahan. salah sikit nak marah nak terasa nak nanges dan nak macam la lagi. okey aku dah mula melalut ney. jom berbalik pada tajuk asal.
dari hari tuhh aku nak sangat tengok citer ney. dan minggu lepas balik kampung adik cakap hari khamis (semalam) de citer tuhh. memang esaited la nak tengok. jadi semalam dengan muka tak malu aku pergi la rumah jiran aku tengok citer tuhh. al maklum la rumah aku tak dok astro bukan tak mampu tapi mak tak bagi pasang nanti sampai ke pagi asyik tengok tibi. jadi terpaksa la menumpang tengok kat rumah orang. jirang aku sporting orang nye. family aku dengan dorang memang dah rapat macam 1 family besar. tak kesah la nak datang tengok tibi ke nak datang tidur situ pon tak pe.
citer biar mimpi sampai ke bintang memang best gilor la. dah la lawak didie alias dan perangai sengal sharifah sakinah dalam citer tuhh buat aku senak perut ketawa taw. citer ney mengambungkan pelakon malaysia dengan pelakon indonesia. korang nak taw siapa ? heronye randy pangalila. ala yang berlakon drama nada cinta tuhh dan heroinnye pulak elfira loy yang berlakon drama qalessya tuhh. ney kisahnye.
Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.
Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.
Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.
okey la sampai sini sahaja celoteh aku untuk hari ney. k baibai dan wassalam ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment