Syukur Alhamdulillah.


assalamualaikum dan selamat malam wahai warga dunia. alhamdulillah kita ketemu lagi. rasanya dah seminggu aku tak menaip coretan yg baru ann. sibuk la minggu ni banyak sgt program. nasib baik malam ni aku melapangkan masa utk menaip seketika. coretan aku kali ni tak panjang kot. okay, jom mulakan jari utk menari diatas papan kekunci laptop.

semalam kolej aku ada majlis penutupan program i-dica award di dewan mat kilau. semua pelajar diwajibkan hadir tapi faham-faham sendiri la budak-budak ni bukan semua turun pergi dewan. dorg tengah sedap mengulit badan atas katil. alangkah beruntungnyaaa. majlis semalam best la jugak siap ada gimik lg taw. gimik itu ada iras-iras cerita twilight part breaking down punya. sebenarnya aku bukan nak menaip coretan tentang majlis semalam tp majlis utk hari ni. tengah layan powerpoint kat majlis i-dica award tibi-tiba masej masuk numbor yg aku tak kenal. pastu baca la mesej tu dr pensyarah sains komputer kolej aku. tak taw nak buat reaksi apa. aku tak mengharap pon utk menang dalam pertandingan yg aku masuk tu. pastu mesej la puteri tanya samada dapat mesej sama dgn aku tak. dia pun dapat jugak mesej tu. dia pun cakap nak pergi nanti sama-sama. 


sepatunya pagi tadi pukul 8.30 aku ada kuliah ganti masa math tak ada minggu baru ni tp tunda pulak pukul 11.30 pagi. jadi aku menyiapkan diri utk pergi dewan mini harvard utk majlis penutupan ict outdoor fest 2013. tunggu la puteri depan library boleh pulak kitaorg pakai baju sama warna tanpa dirancang. pn.irdawaty suruh masuk dewan dulu sebelum tunggu tuan pengarah datang. lama la jugak duduk dlm dewan tu lebih kurang 30 minit. semua persoalan timbul dlm kepala kitaorg.sibuk la cakap tak jangka pon boleh menang tak kisah pon dapat numbor berapa. dalam 10.45 pagi tuan pengarah datang bersama dif-dif terhormat. pengacara majlis menjemput ketua bidang sanins komputer utk berucap sambil tu tunjuk slide sepanjang aktiviti yg dijalankan sempena minggu ict. pastu tuan pengarah pulak berucap seterus merasmikan majlis penutupannya.




dah siap tu baru la acara penyampaian hadiah. berdebar rasa hati ni. dah la sebelum ni tak pernah dapat hadiah sepanjang aku belajar kat kolej ni. pemenag bagi pertandingan blog tempat ke-3 .........(aku tak ingt la nama pemenagseterusnya tempat ke-2 dimenangi oleh puteri zulaikha bt zambry nur(classmates aku merangkap kwn baik aku dkt kolej ni) dan tempat pertama bg pertandingan blog dimenangi oleh dup dap dup dap dup dap
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
khairiyah bt sulaiman.





syukur alhamdulillah aku menang tempat pertama. terkejut rasanya tiba-tiba boleh menang.
mmg tak jangka langsung. aku rasa blog aku ni blog paling simple sekali berbanding puteri. dia punya blog cantik dan banyak info-info yg berguna. mmg dah rezeki aku utk menang hari ni. syukur tak terhingga. aku dgn puteri dapat hadiah hamper. hamper kitaorg lebih kurang je tapi aku punya hamper besar sikit je dlm tu lebih kurang sama je. majlis tu habis dlm 11.15 pagi. 

sempat lg aku dgn puteri pergi kuliah ganti. mula-mula pergi naik bilik puteri tumpang hamper dlm bilik dia. nak balik bilik aku mmg tak larat la jauh sgt dr blok A ke blok C. lenguh jugak tangan bawak hamper tu. siap je hantar terus bergegas pergi kuliah ganti. nasib baik sempat lg masuk dewan kuliah dan pensyarah tak marah datang lambat. kuliah ganti habis dlm nak dekat pukul 1 tengahari. pastu terus pergi kafe makan dgn puteri, deedy dan marhani. siap je makan terus naik bilik puteri ambik hamper lg pon dah nak dekat pukul 2 aku dah la tak solat lg dan roomate aku nak ambik brg dr aku. jadi cepat-cepat la balik bilik. bayangkan la jauhnya nak berjalan balik bilik dgn bawak hamper yg besar sama tinggi dgn budak 6 tahun. mmg sengal plus lenguh tangan aku.





okay sampai disini saja la coretan aku utk kali ni. nanti kita bertemu lg dilain ketika. terima kasih kpd yg sudi singgah sebentar disini. may Allah bless of you, amin. 

sebelum aku menutup ucapan salam, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pd puteri. kalau hang tak ajak ceq join pertandingan ni mungkin ceq tak menang hari ni. kemenangan ceq hari ni berkat usaha hang pujuk ceq utk teman hang join pertandingan blog ni. syukran jazilan ya ukhti :) semoga kebaikan ang diberkati Allah, in shaa Allah amin.

Jazakallahu Khairan Kasira. Wassalam.
       
                                                                    

No comments:

Post a Comment