Page for bisnes.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi warga dunia.

syukur alhamdulillah masih dipinjamkan nafas oleh yang maha esa. pejam celik sekejap aje masa berlalu tup tup nak dekat bulan ramadhan dah. puasa dah nak dekat jadi yang tak habis-habis lagi ganti puasa tu cepat-cepat la ganti nanti kena bayar denda pulak. kan elok selesaikan awal-awal lagi nanti tak la kelam kabut nak ganti. kalau boleh lepas raya terus ganti kan senang kerjanya.

okayy sekarang dah lari tajuk sikit. tak apa tak payah gesa-gesa tak kemana pun. meh ceq nak habaq mai sikit. lama sgt ceq tak menaip rasanya. dah dekat sebulan kot.mesti tertanya-tanya apa maksud tajuk tu an ? 

sebenarnya aku dah lama ada perancangan nak buat bisnes sendiri tapi banyak kekangan sebelum ni. jadi bulan april baru ni aku dah laksanakan plan aku nak berbisnes tu. sekarang ni buat bisnes online dan area rumah je. nak bukak kedai mmg eden tak mampu la lagi. kita buat slow-slow dulu biar sikit lama-lama jadi bukit an. setakat ni aku cuma jual shawl je dulu. sambil-sambil tu aku ada jugak amik jgk order utk flower crown dan flower bouquet tak kisah la utk apa-apa event pun. kalau korg nak tahu lebih detail bukak fesbuk boleh lawat dan jangan lupa tekan button like yup dekat page FIKS Shoppe & Couture.

jika ada rezeki lebih in shaa Allah aku akan tambahkan lagi koleksi dlm bisnes aku tu. shawl labuh dan halfmoon tu aku design sendiri. beli kain, potong and then hantar tailor. kalau beli dan design sendiri ni akan bagi kita kepuasaan dan keselesaan. selain tu, kita boleh pilih sendiri jenis material kain yang kita nak design tu. aku mmg akan pilih material yang high quality la dan material yang tak jarang sgt la.design pulak kita ikut peredaran fesyen sekarang tapi still patuh syarak islam dalam bergaya. kalau lawa dan cantik tapi tak tutup aurat dengan sempurna tak elok jgk. nty kita terpalit sekali dengan dosa. 

setiap designer ni kena amik kira jenis kain macam mana. rekaan dia pun macam mana singkat ke terdedah ke ataupun menyerupai pakaian agama lain ke. semua tu kena amik kira tau. setiap yang kita lakukan malaikat akan catat baik atau buruk. itu yang aku utamakan. takut kadang-kadang aku terlepas pandang. kita ni manusia selalu buat silap. 

meh sini aku bagi sikit korg tengok gambar shawl yg aku jual. kalau nak order boleh pm dan whatsapp no yang kt page tu. lagipun raya nak dekat an. nak nampak cantik dan comel tapi masih menutup aurat ? apa tunggu lagi order la sekarang. heeee. jom sediakan kelengkapan raya awal supaya ramdhan nanti kita boleh fokus utk ibadat saje. tak payah dah nak fikir semua tu kalau dah diselesaikan awal. 

1. Zahraa' XL Chiffon Shawl. 


2. Aisya' Halfmoon Satin. 


3. Flower crown and flower bouquet.


nak order yang no 3 ni utk raya tak ada masalah. orang malaysia kan suka bergambar nak-nak masa raya nanti sibuk la nak bergambar dengan family la cousin la anak saudara la kawan la ramai la lagi. jd flower crown dan flower bouquet ni blh jd props korg atau lebih kurang perhiasan bg mencantikkan gambar korg. nanti blh dijadikan kenangan sepanjang hayat gambar tu. tak pun korg cuci gambar tu dlm size 8R bubuh dlm frame gantung kt dinding rumah tu. baik bubuh gambar family drpd korg bubuh gambar ntah apa-apa. sweet kan ? huuuu. 

okayy la sampai disini saje celoteh mak nenek aku ni. nak buat panjang-panjang nanti takdok orang nak baca plk. kalau korg ada apa-apa nak tanya aku pm je kt fesbuk atau komen kt blog ni je. in shaa Allah segala pertanyaan aku akan jawab dengan jayanya. sekian drpd mak nenek tak reti nak benti berceloteh. sehingga ketemu lagi di lain hari. jazakallah khairan kasira. wassalam :) keep calm and smile.


No comments:

Post a Comment