Peristiwa yang mengerikan !



assalamualaikum dan hai kalian semua ;) 


penat betol hari ney berjalan. pagi tadi pergi bandar beli barang sikit nak bawak pergi plkn nanti. keluar rumah tadi dalam pukul 10 pagi. aku pergi dengan jiran aku je. tak pergi dengan mak sebab ary rabu atau khamis ney baru keluar dengan mak beli barang semua yang nak bawak pergi plkn. mula sampai kuantan parade terus pergi kedai speck MOG. hantar speck aku nak tukar bingkai. al maklum la bingkai speck aku tuhh dah patah. tak taw macam mana boleh patah. ganas betol an ? hehe. aku tukar bingkai speck aku dengan bingkai speck kak long sebab dea ada 2 speck. 1 dea guna dan 1 lagi dea tak guna. jadi daripada duk berhabuk baik aku amek guna. lagi pun dea sekarang ney masa siang pakai lens masa malam pulak baru pakai speck. dah siap hantar jiran aku tuhh ajak pergi beli baju. dah la hujan masa kita orang keluar rumah tadi. memang tak syok sangat la kalau keluar bandar hujan pulak. tapi nasib kita orang agak beruntung jugak la sebab hujan hanya sekejap je. dalam pukul 2.30 kita orang pun bergerak balik. 


lepas je sampai kat rumah mak suruh pergi beli barang kejap kat tunas manja. jadi alang-alang dah pergi aku terus la hantar cd gambar nak cuci. pergi tunas manja gula tak ada. jadi pergi la kedai lain. 


masa aku pergi kedai tuhh aku nampak anak kucing duk tepi jalan. aku sangka kucing tuhh mati. jadi aku buat donno je la. aku masuk kedai tuhh pergi la beli gula. masa nak pergi kat motor ada kereta parking dekat belakang motor aku. jadi biarkan kereta tuhh pergi dulu. ada sorang mamat bongok la aku cakap. mamat tuhh dah nampak ada kucing depan kereta dea. jadi dea elak la sikit tak bagi kena. masa tayar yang depan tuhh tak kena pun kucing tuhh tapi bila tayar yang belakng tuhh terkena kepala kucing tuhh. kucing tuhh berpusing sambil keluar darah. mamat bongok tuhh selamber badak je berambus gitu. tak rasa bersalah langsung. aku dekat motor maki hamun la mamat bongok tuhh walaupun dea dah berambus dari situ. YA ALLAH ! memang terkejut macam nak tercabut jantung la. dah la pertama kali berlaku depan mata aku sendiri. aku  tak sempat nak buat apa-apa hanya mampu pandang je. kalau aku tahu kucing hidup dan tengah tidur memang aku dah alihkan kucing tuhh kat tempat lain tapi aku tak taw semua tuhh. masa tuhh aku dan adik aku rasa bersalah giler taw. dah berlaku depan mata tapi tak buat apa-apa pun untuk selamatkan kucing tuhh. balik rumah terus tanya mak berdosa ke aku sekadar memandang apa yang berlaku. mak pun cakap bukan aku yang buat jadi tak berdosa. aku pun cakap la balik kat mak yang aku rasa bersalah sangat-sangat pasal peristiwa tuhh. mak pun cakap tuhh baru kucing mati kalau orang yang mati macam mana ? aku jawab balik kat mak kalau orang mati dengan baik aku tak takut sangat la. ney kucing mati depan mata kena langgar dah la berdarah dan mata kucing terkeluar memang takut dan tak boleh nak bayangkan lagi la. aku cakap kalau aku jumpa mamat bongok tuhh memang aku belasah maki hamun bagai la. jalan punya besar kucing kecik depan mata pun boleh langgar. nanti ALLAH tarik nikmat penglihatan baru taw. jadi aku pun beristighfar supaya aku tak rasa bersalah dah dan alhamdulillah perasaan bersalah aku tuhh dah hilang. peristiwa ney memang buat aku ngeri dan tak boleh nak lupa la. okey la aku berhenti sampai sini je la. k baibai dan wassalam.


bersyukur la dan gunakan la dengan baik nikmat yang telah diberikan sebelum nikmat itu ditarik balik daripada kita.
   

No comments:

Post a Comment