Forum Perdana

Assalamualaikum kalian semua.
Masya Allah, lama sungguh aku tak menulis entri bg belog busyuk ney.aku rasa dah makin berhabuk plus sawan dah beranak pinak kot.hehe :) okay dah melalut pulak.maklum la lama sangat tak menaip katakan.hari ney aku cuma buat entri pendek je.tak ada cerita panjang nak kongsikan dengan kalian.
semalam syukur alhamdulillah aku telah dipilih oleh Allah utk menghadiri forum perdana sempena sambutan maulidur rasul.forum perdana ney anjuran pejabat perpaduan daerah kuantan yg bertempat di padang depan rumah aku je.mungkin ney rezeki  aku sebab minggu islam anjuran kolej aku hari itu aku tak dapat pergi ceramah Imam Muda Nuri jadi semalam antara ahli panelnya ialah Imam Muda Nuri dan Ust.Azhar Jaafar.tajuk forum ney Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.alhamdulillah makin bertambah ilmu pengetahuan aku.yang bestnya apabila imam muda bg ceramah sambil buat lawak dgn keluar loghat pantai timur.



selain itu,para tetamu dijamu sedikit jamuan dan dihiburkan oleh kumpulan Muslim Voice(finalis akademi nasyid dulu).dan yang ditunggu-tunggu bila cabutan bertuah diumumkan.hadiah tak cakap la lumayan la jugak katakan.tapi semalam bukan rezeki aku utk dapat cabutan bertuah tu.tak apa pergi forum tu bukan nak sangat dapat hadiah tu tapi nak dapat ilmu yang disampaikan.forum semalam berakhir dalam jam 12 malam.selepas habis cabutan bertuah tetamu mula meninggalkan padang tapi aku bersama jiran aku sibuk la pergi bergambar kejap atas pentas.hehe.adik aku la jadi mangsa kena jadi jurukamera kitaorg.okay sampai disini saja la aku berceloteh.
Jazakallahu Khairan Kasira.Wassalam.
 
                         
                                                 

No comments:

Post a Comment