Hidup Berdikari ?


Assalamualaikum dan selamat petang sekalian manusia :)

tetiba plk ni jadi rajin semacam nak menaip entry petang-petang buta macam ni. sebelum ni pemalas yg amat baq hang. whatever lorhh. mood bukan kita boleh paksa nak ikut ke tak. masa ada mood okay la tp masa takdok mood semua menda malas nak buat. aduhai asyik malas je bila nak rajin ann. petang ni nak cakap banyak pun takdok idea sgt. ni pun tetiba kuar tajuk kt atas tu. 

korg tau mean hidup berdikari ? setiap org lain-lain dorg punya persepsi dan maksud independent tu sendiri. ada yg ckp independent tu belajar hidup sendiri tanpa harap bantu org lain. lebih kurang jgk la maksud tu depense on people to judge an. 

bagi aku plk independent ni belajar gaya hidup org dewasa yg dah matang dan belajar survive diri sendiri bila takdok org nak bantu. i mean contohnya korg skrg tgh study tp ada buat kerja part time utk tambah income. kat situ kita blh nampak tahap pemikiran korg macam org dewasa dan matang dlm melakukan sesuatu perkara. tak semua manusia dilahirkan dlm family yg senang an. dr situ korg kena bekerja lebih sikit utk bantu diri sendiri utk tampung duit belanja korg tiap bulan. 

takkan asyik nak harapkan duit dr parent je. tak kesian ke dkt parent yg dah lanjut usia tp still kerja nak cari duit bg duit belanja utk korg kt uni tu. kalau korg mmg dilahirkan dlm family yg senang tak apa la sbb korg takkan rasa semua tu. bila tak cukup duit call family mintak duit je. senang tak payah nak kerah tenaga utk cari duit sendiri. aku ckp atas pengalaman aku sendiri.

aku start masuk sekolah menengah mmg dah belajar hidup berdikari sampai skrg. kalau nak sesuatu cari duit sendiri utk beli. nak mintak dgn family ? mmg tak la. selagi aku boleh cari duit sendiri aku akn buat. mana family aku mampu yg bg semua yg kami adik beradik mintak. bayangkan aku ada 9 org adik beradik and then mak abah aku kena bg setiap sorg mintak apa yg dorg nak beli. tak ke naya nama tu ? mak abah aku bukan kerja kerajaan pun. abah aku kerja sendiri and then mak aku ada jual kuih nak bantu abah aku cari duit. walaupun susah tp syukur alhamdulillah kami satu family tak pernah la asyik kesempitan duit. ada satu hari tu, mak aku beli baju utk adik aku dua org tu. aku tengok je tp dlm hati ada jgk la terdetik 'aku kena beli sendiri baju tp adik mak still belikan'. kadang-kadang tu jeles la jgk tp lama kelamaan aku dah tak kesah semua tu sbb dorg kecik lg and then aku dah besar dan matang masa tu blh cari duit sendiri.

ingat lg masa tu semua kawan-kawan aku pakai phone tp aku sorg je tak pakai. nak mintak izin dgn abah nak beli phone jgn harap la abah akan bg. kitaorg dr kecik mmg abah dah tetapkan peraturan dlm rumah. contohnya sblm maghrib dah kena balik rumah, malam tak blh kuar tanpa sbb yg kukuh dan yg paling penting anak-anak abah hanya boleh guna phone selepas tamat tingkatan 5. bila abah dah cakap mcm tu ada hati nak p mintak izin ? mmg tak la kan. kami ni degil la jugak. akak aku la org first yg langgar peraturan abah aku yg pasal phone tu. kantoi pun masa tu dia dah nak habis tingkatan 5. akak aku beli phone dgn pak cik aku senyap-senyap and then bawak phone tu p asrama. mmg la abah aku tak dpt tau. kantoi pun masa dia balik rumah phone tu berbunyi. 

start dr tu abg aku plk ikut jejak akak aku. aku masa tu pun curi-curi pinjam phone sepupu. nasib baik la sepupu aku tu byk phone blh la pinjam. masuk tingkatan 3 aku dah ada niat nak beli phone. masa tu tak bagitau mak pun nak beli. pergi beli pun dgn akak aku senyap-senyap. mlm tu jgk mak dpt tau yg aku beli phone. mak marah jgk la sbb takut lau abah dpt tau siap la aku. dah beli tu nak guna pun curi-curi je sampai satu hari kantoi dgn abah. mmg habis la kena ceramah abah. sampai nak masuk tingkatan 5 pun abah still ungkit pasal phone tu. aku ni plk jenis degil plus keras kepala buat dunno je la. abah marah senyap je la abah bebel buat tak dengar je sampai la abah dah tak kesah pasal tu. 

macam skrg ni aku kerja je la dah tak ada rezeki lg utk sambung belajar lps habis matrik hari tu. semua menda nak beli kena cari duit sendiri. nak-nak skrg mak abah dah pindah balik kg. aku dgn abg je duduk rumah, semua brg rumah kena beli sendiri. takkan nak mintak duit dgn mak abah lg sedangkan dorg tak duduk sini dah. aku pun tak kesah kena korbankan duit utk tu semua jika nak dibandingkan mak abah aku keluarkan duit utk kami adik beradik belajar sampai uni.

nak beli phone baru ? duit sendiri. nak buat lesen motor/kereta ? duit sendiri. beli baju seluar ? duit sendiri. pendek kata semua yg aku nak semua kena cari duit sendiri. tak ada dah mak abah nak tolong. patutnya skrg ni kita yg hulur duit kt dorg bkn dorg yg hulur duit kt kita lg. dgn belajar hidup berdikari akan buat kita lg matang dlm berfikir dan dewasa dlm setiap perlakuan. 

okay la sampai sini je la aku kongsikan sedikit pengalaman dan pengetahuan yg aku ada. sharing is caring :) nak buat panjang-panjang takdok idea plk lgpn nanti takdok org plk nk baca. aku ni la bercakap dah macam mak nenek baik benti sblm melarat lg. heeee. sehingga bertemu lg. sekian drpd mak nenek yg ciut. wassalam. terima kasih sudi singgah dan baca :)







                                                                                                                                                                                                                            

1 comment: